Bila Guna Projektor Tapi Audience Tak Nampak?

Bila Guna Projektor Tapi Audience Tak Nampak?

Aug 18, 2024

Bila guna projektor tapi audience tak nampak?

Tip Menggunakan Projector dengan Efektif untuk Seminar Anda

1) Gunakan Teks yang Besar dan Jelas
Pastikan saiz teks pada slide cukup besar supaya semua peserta boleh baca dengan mudah, tak kira mereka duduk di barisan hadapan atau belakang. Saiz fon yang disyorkan ialah 24pt ke atas.

2) Kontras Warna yang Tinggi
Gunakan kombinasi warna yang kontras antara latar belakang dan teks (contohnya, teks putih dengan latar belakang gelap) supaya maklumat lebih jelas dipaparkan melalui projector.

3) Jangan Penuhkan Slide
Elakkan meletakkan terlalu banyak teks atau elemen pada satu slide. Fokus pada poin penting sahaja, dan gunakan gambar atau grafik untuk lebih visual.

4) Pastikan Ruang Bilik Cukup Gelap
Untuk memastikan gambar yang dipaparkan oleh projector jelas, kurangkan pencahayaan dalam bilik seminar. Ini membantu paparan lebih terang dan mudah dilihat.

5) Periksa Sebelum Seminar Bermula
Sebelum seminar, pastikan anda dah cuba projector dan buat setting yang sesuai untuk kecerahan, fokus, dan posisi. Ini elakkan sebarang masalah teknikal yang boleh ganggu flow seminar.

Moga berguna untuk anda buat presentation nanti.

============
Nak tempah bilik seminar lengkap projektor? Booking SINI


Follow Us

Our Album